Hye there..juz wanna share pengalaman pergi interview di AcePark Venture.. Tujuan aku nak share story ni coz aku hope ade orang di luar sana tak tertipu macam aku.. Before aku pergi interview kat company ni aku ad buat research pasal syarikat ni..tapi frustrated coz tak banyak story pasal company ni.. So aku hope sangat apa yang aku share ni dapat bantu orang lain..
So nak dimulakan cerita..Aku apply job ni gune www.maukerja.com.... then apa yang aku tertarik dengan job ni mestilah Money...Money..Money... Yaaa... coz gaji ditawarkan macam ridiculuos jgk.. Rm2500 -rm5000 untuk jawatan Customer Service!!
Tapi mase tu tak fikir apa..yela..orang desperate macam aku tengah cari kerja.. (hanya penganggur memahami perasaan aku..high five guys!..isk isk)
So tangan ni pun gatay click 'apply'... for those yang tau laman web ni..faham la step by step nak apply kerja dekat sini..So startla berdoa..harap2 dapat kerja ni..
Dipendekkan cerita..one day..ada orang call aku..tapi tak pasti siapa..cuma suara seorang lelaki yang call aku cakap macam ni.. "hello..boleh cakap dengan Amirah?.." Aku baru bangun tidur masa tu..lil bit terkejut.. "Ya..Amirah bercakap".. then lelaki tu cakap.. "Isnin datang interview, di AcePark Venture k..then suara yang macam malu2 n tak yakin.. dekat situ aku dah feel something wrong..Tapi perasaan teruja dipanggil interview mengatasi segala2 nya..
Aku pun dengan perasaan teruja and naif.. buat la study sikit...cari pasal customer service.. pasal syarikat ni.. pengalamn orang kat blog2 pasal customer service..alhamdulillah pasal customer service aku banyak jumpa..CUMA..pasal company AcePark Venture aku tak jumpa... Ada rasa pelik jugak kat situ.. So aku pun fikir positif je.. keterujaan penganggur mcam aku..semua nya nak positif kan..
So hari isnin tu pun dengan semngat berkobar2..aku pun pergi..pergi dengan mak aku..interview tu pukul 10..so pukul 8 lebih aku dah pergi coz takut sesat..lagi2 aku tak pasti dekat mane tempat tu..cari punya cari..call tempat tu..dia kata dekat dengan Aeon Bukit Raja.. Then bila sampai..teruja sedikit..coz tengok ramai yang datang intrview..so konon2 lega la sikit perasaan tu..coz atleast yela..tempat tu wujud.. so perasaan positif makin banyak menguasai aku.. perasaan berdebar2 tunggu untuk di interview makin meluap2.. Supposed yang interview aku..Encik **** ... (aku tak nak higlightkan nama).. Tapi dia takde hari tu..so..diganti dengan sorang perempuan lain.. Bilik utk di temuduga memang ada satu bilik khas tepi pintu masuk..Mula2 kene panggil tu perempuan tu terus panggil aku kakak..coz dia tengok borang yang aku isi tu..means..aku lebih tua dari dia..so okay lagi kat situ..bila start interview tu..dia suruh aku cerita pasal aku..background smua..aku pun dengan semangat story la pasal aku..yang macam aku dah praktiskan kat rumah..(nampak tak semangat aku?..siap praktis..haha) pastu..dia suruh aku cerita pasal background kerja aku..then aku pun teruja bercerita..bla..bla..bla... lepas tu terus dia cakap.."Okay esok boleh mula kerja..."... aku sangat2 terkejut..tanpa tengok resume aku..tanpa tengok sijil2 aku..terus offer aku job..dalam sesaat seketika..perasaan negatif dah menguasai aku..Diorang ni kompeni jual orang ke?..yela..macam tu jek terima kerja.. lepas tu dia terangkan pasal basic kerja kat situ rm2500..masa tu dah sedap dengar..rm2500 weyhhh..sape tak nak??.. lepas tu..nak pastikan..aku tanya lagi..memang betul sebulan dapat rm2500 ke?..dia kata memang dapat..and bergantung jgk pada performance.. kalau performance okay..boleh dapat sampai rm5000...aku pun time tu rasa biji mata dah tukar ke bentuk $$$...haha..
Then aku pun balik..esok paginya teruja nak datang kerja..even jaoh dari rumah aku..almost 1 jam.. then esok..sampai2..aku terus diperkenalkan dengan encik *******... dia yang guide aku dari mula... mula2 masuk kat 'ofis' tu..ofis ke?..entahla..macam takda ghupe opis...ha..kan dah keluar sleng perak aku...hoho... tapi memang ramai giler dalam tu..almost 50 orang...dalam bilik tu dah macam sardin..then Mr X tu pun start intro aku pasal kerja yang kononnya customer service ni.. siap tunjuk aku sijil2 perakuan pasal syarikat ni..and borang2 yang berkaitan lah..yang menunjukkan company dorang ni sahih...ya..aku akui..semua tu nampak okay dari mula...sampai la dia start cerita pasal kerja aku ni buat apa..Ghupe2nyaaaaaa keroje aku guide orang pasal pelaburan saham...guna software meta trader... memang frusttt gilerrrr..... rasa nak cabut lari jek time tu...tapi aku cuba bersabar..and terus tanya direct Mr X tu pasal gaji..memang betul ke dapat rm2500 dalam sebulan?..then jawapan yang aku dapat..dia cuma cakap"ikut performance".. 3, 4 kali dia tekankan benda yang sama...so aku dah tak sedap hati..masa tu nak belajar pasal software tu pun aku dah tak seronok..kepala dah tak fokus langsung...apa dia cakap semua aku dah tak ambil pusing...sebab aku dah tahu aku DITIPU!!!!....time tu aku tak tahu nak mengadu kat siapa...so sepanjang Mr X tu mengajar aku pasal software tu..memang aku tak boleh concentrate langsung..sampai la petang tu ad sorang girl india datang duduk sebelah aku..dia pun merupakan 'anak didik' mr X ni..dengan dia aku start berborak and aku cube korek tanya dia pasal history dia macam mana dia start kerja kat company Acepark Venture ni..rupe2nya memang betul la..company ni menipu semua orang yang datang interview.. dia pun rupenya rasa tertipu dengan jawatan yang mengaburi mata orang2 naif macam aku dan yang seangkatan dengan aku..and bila berborak lagi dengan indian girl tu..rupe2nya perempuan yang interview aku semalam..baru jek kerja dalam 3 hari kat situ..memang SHOCK!...macam tak tersusun the way kakitangan dorg dalam tu..sape2 jek bole interview pekerja yang datang interview..pelik tak?.. nampak ketidakprofesionalannya company ni...tiba2 aku teringat masa someona yang call aku mula2 suruh datang interview kat phone tu.. cakap malu2...gelak2..agaknya budak yang call aku tu pun baru sehari dua kerja..di assign tugas call orang2 yang mntak kerja.. sighhh~~
Okay...enough...kesal semua ada.. Cuma aku na tekankan kat sini..Aku tak cakap yang pasal gaji tu tipu..cuma gaji tu akan dibayar bila kita dapat bawak customer or client datang melabur kat syarikat ni... nilai paling rendah untuk client melabur adalah rm10k...barubla dapat gaji a.k.a komisen jek... So aku cuma rasa tertipu dari segi tawarn gaji yang kononnya menawarkan gaji rm2500 sebulan... semua tu cuma tipu belaka...pada pandangan aku..dorang umpan cakap macam tu..supaya kami2 yang datang kerja ni akan bawak ramai client untuk melabur kat company tu...and bila dapat bawak sorang dua..dorang bayar la komisen..selagi tak ada client..jangan harap la dorang nak bagi gaji... mengeluh panjang aku bila fikir balik pengalaman aku kat company tu...
So dekat sini..aku cuma nak tekankan kepada siapa2 yang dapat offer jawatan ni..hope sangat korang baca blog aku.. and harap korang buat tindakan cerdik wat sedikit research before accept sesuatu jawatan.. Aku cuma sharing...Apa tindakan korang lepas tu..tu hak masing2.. panjang aku mengomel..tak sedar panjang giler aku taip..haha..apa2 pun life soo hard...kenangn ni akan aku sematkan dalam diari perjalanan hidup aku..liku2 hidup yang terpaksa aku 'pijak' even 'sakit' , ' berdarah' akan aku teruskan melangkah sampai ke puncaknya..(tiba2 mood bermonolog).. k semua..peace y'all... #stillpositif #keeppositif
Where My 'Hurix...
Ahad, 2 Februari 2014
Rabu, 22 Mei 2013
Intro
Assalam...Hye...This is my first percubaan utk mghasilkan blog...Dah lamaaa sgt terpendam nak buat blog...Tujuan aku bukan nak jadikan blog ni diari..or na cerita luar dalam pasal diri ak, but cuma nak share any ilmu yang aku ada..(cehh..mcm bnyak sgt ilmu) =p Soooo...memandangkan aku belajar dalam jurusan IT, so aku rasa nak turunkan ilmu serba sedikit yang aku tahu...and ada juga insyaALLAH any ilmu lain..Ya, maybe ak bukan expert sgt bab2 hal komputer ni..but ak tahu ramai yg lagi ta tahu dari ak..so ta salah rasenya ak share even ta banyak....akk hoooppee sgt dpt membantu sape2 la yang penggemar ilmu...So Lets Start it!!!


Langgan:
Catatan (Atom)